Sayur Sawi Fatchoi Maggie

 Assalammulaikum semua pembaca, apa khabar?

Harap semua sihat walafiat hendaknya. Hari ni baru lah berkesempatan nak mencoret kat sini. Nak buat hari-hari kesibukan buatkan say lupa blog ni, padahal baru buat ni. 

Kalau korang perasan saya ada beberapa blog lain tapi saya dah delete post, as for the reason is nak kena ubah gaya penulisan atau kena share idea lain yang pelbagai. Hahahahahahahahaha...

ok lah tak nak buang masa saya harini nak share menu simple yang mungkin sesetengah dari korang rasa elehhh menu macamni pun nak share🤣🤣🤣 ahhh tak kira nak share jugak sebab sedap gilerrrrr la sayur sawi ni bila masak macam ni. Orang jenis tak berapa makan sayur macam saya mungkin boleh cuba menu ni ok.

Bahan-bahan:

Sawi Fatchoii( ada panggil sawi jepun)     1 ikat

Bawang Merah    1 ulas

Bawang putih    2 ulas

Telur                 1 / 2 biji (ikut kehendak masing-masing)

Serbuk Kari Mee Maggie     1 paket


Cara memasak:


1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau atau bertukar warna.

2. Masukkan telur yang sudah dipecahkan, dan hancurkan guna sudip.

3. Masukkan sayur sawi dan tumis sayur hingga agak masak, saya tak suka layu sangat sebab nanti tak rangup.


4. Masukkan serbuk kari, saya masukkan separuh sahaja tapi ikut selera masing-masing kalau rasa nak pedas boleh masukkan semua.



5. Dah siap boleh hidangkan makan dengan nasi panas-panas sedapnya, siapa diet nasi boleh makan macam tu sahaja.YUMMMMYYYYYLICIOUS😋😋😋



Jadi korang kalau ada serbuk maggie yang tak guna tu boleh simpan dulu nanti boleh pakai masukkan dalam sayur-sayuran sebagai perasa.EMMMMMMM sedap tau, kalau masak sayur kacang botol macam ni pun sedap juga.



Sebenarnya serbuk kari ni lebih sebab saya kalau buat maggie goreng 2 paket hanya guna 1 paket serbuk maggie sahaja. Hmmmmm cakap mengenai maggie goreng terliur pula ni😅😅😅

Next saya share resepi maggie goreng versi saya la pula ok. 

Ok sampai di sini sahaja buat hari ni, semoga urusan anda semua dipermudahkan oleh Allah. Jumpa lagi lain masa.

Have a nice dayyyyy💓💓💓



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Salam kenal